Monday, 21 January 2013

Kepada kamu yang jauh di sana.
Bukan aku tidak mahu faham situasti kamu. Bukan aku sengaja mendesak kamu. Panggillah aku apa saja, pentingkan diri, tak fikir masa hadapan, perempuan yang degil, apa saja. Asalkan kamu tahu yang aku tidak boleh berjauhan dengan kamu walau sekejap apatah lagi berminggu,berbulan. Aku bukan manusia yang faham 'long distance relationship' dan aku tak ingin faham pun. Yang aku tahu kamu harus dekat dengan aku tidak kira waktu kita susah ataupun senang. Ya, memang aku pentingkan diri. Aku takut hubungan kita terputus jika kita berjauhan. Bukankah kamu juga begitu.

Buat kamu yang tidak faham perasaan ini,
Tolonglah faham walaupun sedikit. Aku tidak minta wang berjuta, cukuplaah kamu terus kekal di sisi aku. Itu sudah buat aku cukup bahagia. Sudah cukup buat aku kuat untuk menempuh apa jua dugaan dan halangan. Terus di sisi aku, aku mohon.

                                                                                                                   Aku yang pentingkan diri


Thursday, 13 December 2012

Malaysia vs Thailand

Assalamualaikum...
Uolls mesti tengah tengok bola kan? Hasil pemantauan di facebook and twitter penuh pasal orang tak puas hati dengan pengadil dari Korea tu. Kelakar pun ada. Tapi apapun penyokong Malaysia dan pemain-pemain HARIMAU MALAYA korang memang super duper ohsemm! Dan kepada awek-awek yg update status tak di layan oleh pakwe korang tu,chill okey. 93 minit je tak sms. Pasni korang boleh lah sms puas-puas ye dok. And lastly, saya bangga menjadi rakyat MALAYSIA.

#jom boikot kedai makan thailand.

Wednesday, 12 December 2012

12-12-2012


12-12-2012

Harini dekat Facebook atau Twitter masing-masing sebok pasal tarikh ni. Yes, diakui yang tarikh tersebut cantik, tapi jangan terlalu taksub ye anak-anak. Sampai nak beranak pun kena tahan sakit sebab nak tarikh lahir cantik punya pasal. Serius pelik. Janji anak dan ibu selamat sudah. Pendapat saya sendiri, tarikh atau hari apapun akan jadi cantik dan indah jika kita pandai memanfaatkan sebaik mungkin. Bukan nak condemn mana-mana individu. This is only my personal opinion. Uolls janganlah banned saya pulak nanti. HAHAHA. Apapun, bagi mana-mana pasangan yang melangsungkan perkahwinan korang harini, TAHNIAH. Bagi bayi-bayi yang lahir pada tarikh cantik ni, diharap bila besar besok menjadi anak yang soleh dan solehah,perangai korang pun cantik secantik tarikh lahir korang. Dan bagi korang-korang yang rasa harini hari malang korang, janganlah pulak salahkan tarikh harini. Ianya cuma angka. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangya dari diri kita sendiri.

#Apapun saya tetap suka tarikh 30-04-1991 sebab tarikh lahir saya.xoxo.

Tuesday, 11 December 2012

Menangislah wahai hati

Hari ini aku menangis lagi.
Menangis untuk sekalian kalinya.
Bila hati tak mampu berbicara.
Hanya tangisan pengubat duka.
Buat kamu, yang telah berjaya buat diri ini menangis lagi.
TAHNIAH.

MENANGISLAH WAHAI HATI, AGAR KAMU GEMBIRA DI KEMUDIAN HARI.