Bukan aku tidak mahu faham situasti kamu. Bukan aku sengaja mendesak kamu. Panggillah aku apa saja, pentingkan diri, tak fikir masa hadapan, perempuan yang degil, apa saja. Asalkan kamu tahu yang aku tidak boleh berjauhan dengan kamu walau sekejap apatah lagi berminggu,berbulan. Aku bukan manusia yang faham 'long distance relationship' dan aku tak ingin faham pun. Yang aku tahu kamu harus dekat dengan aku tidak kira waktu kita susah ataupun senang. Ya, memang aku pentingkan diri. Aku takut hubungan kita terputus jika kita berjauhan. Bukankah kamu juga begitu.
Buat kamu yang tidak faham perasaan ini,
Tolonglah faham walaupun sedikit. Aku tidak minta wang berjuta, cukuplaah kamu terus kekal di sisi aku. Itu sudah buat aku cukup bahagia. Sudah cukup buat aku kuat untuk menempuh apa jua dugaan dan halangan. Terus di sisi aku, aku mohon.
Aku yang pentingkan diri
No comments:
Post a Comment